Notis Privasi

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) in dikeluarkan oleh Darryl, Edward & Co. (“DEC”), satu perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di D-35-3 Menara Suezcap 1, KL Gateway, No. 2, Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, 59200 Kuala Lumpur.

DEC menghormati privasi anda khusus kepada data peribadi dan informasi anda (“Data Peribadi”) yang diberikan kepada pihak kami dan pihak kami adalah komited dalam perlindungan privasi anda dan Notis ini menerangkan bagaimana pihak kami mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada pihak kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Dengan melantik DEC untuk menyediakan perkhidmatan, berinteraksi dengan DEC sama ada di acara, persidangan, seminar, ceramah, atau dengan melayari laman web DEC [www.darryledward.co] (“Laman Web”), atau dengan berkomunikasi dengan DEC (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”), anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh DEC dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan Perkhidmatan-perkhidmatan oleh DEC.

Klausa 1 – Data Peribadi

  1. Data Peribadi yang anda berikan ataupun yang telah diberikan kepada DEC termasuk, tanpa terhad kepada nama, alamat, alamat emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, kewarganegaraan dan juga maklumat akaun bank, kad kredit dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau akan dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh DEC dari semasa ke semasa.
  2. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada DEC secara langsung (sama ada ketika menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan ataupun dalam komunikasi dengan DEC), DEC juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had kepada sebarang acara, persidangan, seminar atau ceramah yang diatur atau ditaja oleh DEC, atau semasa melayari Laman Web kami, “cookies” juga akan turut diperolehi. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, sila konfigurasikan penyemak imbas web anda untuk menyahaktifkan “cookies”. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda menyahaktikfan “cookies”, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan semua fungsi yang terdapat dalam Laman Web.

Klausa 2 – Tujuan Memproses Data Peribadi

Bahagian 1 – Dengan melantik DEC, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan DEC untuk mengguna dan memproses Data Peribadi anda yang diberikan kepada DEC, dalam cara dan untuk tujuan yang ternyata di bawah:

  1. untuk tujuan bagi Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut;
  2. untuk memudahkan pembayaran untuk Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut;
  3. untuk menjawab soalan dan komen daripada anda;
  4. untuk membenarkan DEC berkomunikasi dengan anda;
  5. untuk tujuan operasi, pengurusan, pentadbiran dalaman dan penyimpanan rekod DEC;
  6. untuk tujuan yang diperuntukkan dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh DEC atau rakan kongsi kami;
  7. untuk DEC mematuhi obligasinya di bawah undang-undang dan peraturan, kod praktik atau garis panduan, dasar, prosedur (termasuk kenali pelanggan anda dan sebarang proses semakan yang berkaitan) dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang relevan, termasuk pematuhan dengan undang-undang yang berkaitan dengan keterangan;
  8. untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan;
  9. untuk tujuan melaksanakan apa-apa hak atau kewajipan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas pihak kami;
  10. untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan; dan
  11. untuk membolehkan pihak kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, pos atau kaedah telekomunikasi (panggilan telefon, pesanan teks atau aplikasi media sosial).

Bahagian 2 – DEC juga mungkin akan mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:-

  1. untuk menghantar kepada anda kad-kad ucapan, surat berita, artikel-artikel, rencana-rencana, dan pengemaskinian lain;
  2. untuk mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin anda minati; dan
  3. untuk menghantar sebagai perujuk berpotensi kepada (i) editor/penyelidik di penerbitan dan jurnal undang-undang; (ii) bakal pelanggan-pelanggan yang meminta untuk perujuk bagi kerja terdahulu dalam permohonan untuk cadangan, tender dan/atau penyerahan,

jika ada, melalui mel dan/atau emel.

Bahagian 3 – Jika anda tidak bersetuju atau membenarkan DEC untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang ternyata dalam Bahagian 2 Klausa 2 di atas, sila menghubungi DEC melalui butiran hubungan yang ternyata dalam Bahagian 1 Klausa 5 di bawah.

Klausa 3 – Kegagalan Memberikan Data Peribadi

Pembekalan Data Peribadi anda kepada DEC adalah secara sukarela. Namun, jika anda enggan memberikan Data Peribadi anda atau Data Peribadi yang berikan tidak mencukupi, DEC mungkin tidak dapat membekal Perkhidmatan-perkhidmatan yang anda perlukan atau berkomunikasi dengan anda secara efektif. Berikutan itu, anda bersetuju bahawa DEC tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang hasil yang timbul daripada ketidak-bekalan Data Peribadi anda.

Klausa 4 – Pendedahan Data Peribadi

Bahagian 1 – Pihak kami akan menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dengan cara yang selamat. Pihak kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktikal, untuk melaksanakan prosedur pentadbiran dan perlindungan serta sebarang prosedur selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah, serta apa-apa kehilangan atau kerosakan ke atas Data Peribadi.

Bahagian 2 – Data Peribadi anda yang diberikan kepada DEC atau dikumpulkan oleh DEC akan disimpan sulit oleh DEC. Namun anda dengan ini bersetuju bahawa pihak kami boleh mendedahkan kepada pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak DEC, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pihak yang dinyatakan di bawah:-

  1. pembekal perkhidmatan bagi kemasukan data (data entry);
  2. syarikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility);
  3. bank dan institusi kewangan;
  4. penasihat luar dan penasihat profesional yang lain, seperti juruaudit;
  5. syarikat insurans;
  6. pembekal perkhidmatan bagi maklumat teknologi (information technology);
  7. badan-badan berkanun, badan-badan pengawal aturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan;
  8. sebarang pihak yang perlu untuk diberi pendedahan di bawah undang-undang; dan
  9. mana-mana pihak lain sebagaimana DEC fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam Klausa 2 di atas.

Bahagian 3 – DEC boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan pelayan yang berada di luar Malaysia dan Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, diguna dan diproses di dalam bidang kuasa yang lain daripada Malaysia. Anda dengan ini memahami dan memberi kebenaran untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia.

Bahagian 4 – Kami berhak untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan penguatkuasaan undang-undang, penyiasat persendirian dan/atau pihak ketiga dalam penyiasatan sebarang jenayah atau salah laku sivil yang disyaki. Selanjutnya, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan polisi yang berkenaan, kami boleh mendedahkan identiti, maklumat hubungan dan/atau maklumat anda berkaitan dengan akaun, transaksi atau aktiviti anda yang dijalankan di atas atau melalui Laman Web, jika diminta oleh kerajaan atau badan penguatkuasaan undang-undang atau pihak ketiga, atau sebagai akibat daripada sepina atau tindakan undang-undang lain. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan atau hasil yang timbul daripada pendedahan tersebut dan anda bersetuju untuk tidak membawa apa-apa tindakan atau tuntutan terhadap kami untuk pendedahan tersebut.

Klausa 5 – Permintaan Untuk Akses Dan Pertanyaan

Bahagian 1 – Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk: (i) mendapat akses kepada Data Peribadi anda; (ii) memohon untuk membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda; (iii) mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh DEC; atau (iv) memohon maklumat lanjut berkenaan pemprosesan Data Peribadi anda daripada DEC, yang mana berkenaan, tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang Malaysia. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi:

Nama : Terrence Edward Chong
Jawatan : Rakan Kongsi
Alamat : D-35-3 Menara SUEZCAP 1, KL Gateway, No. 2, Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, 59200 Kuala Lumpur
Emel : mail@darryledward.co
No. Telefon : 03-2730 6780
No. Faks : 03-2781 9566

Anda juga boleh menghubungi DEC melalui butir-butir hubungan di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda yang diberikan kepada DEC.

Bahagian 2 – Sila ambil perhatian bahawa DEC mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mendapat akses dan/atau membuat pembetulan terhadap Data Peribadi anda, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia, seperti mana pemberian akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.

Bahagian 3 – Sekiranya terdapat apa-apa perubahan di dalam Data Peribadi anda, anda dikehendaki untuk menghubungi dan memaklumkan DEC secepat mungkin

Klausa 6 – Perkara Am

  1. Kami berhak untuk mengemaskini, mengubah atau meminda Notis ini dari semasa ke semasa, seperti mana yang berkenaan. Dengan terus berkomunikasi dengan DEC atau dengan menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan berikutan pengubahan, kemas kini atau pindaan kepada Notis ini, anda adalah bersetuju dengan sebarang kemas kini, pindaan atau pengubahan tersebut.
  2. Notis ini adalah dikeluarkan dalam dua bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
  3. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web lain yang mungkin mempunyai amalan privasi yang berbeza. DEC tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi atau kandungan laman-laman web tersebut. Jika anda memaut kepada atau selainnya melawat mana-mana laman web yang lain, sila kaji semula dasar privasi yang dipaparkan di laman web tersebut.